RSS

Friday, December 11, 2009

dialog antara manusia, malaikat dan syaitan

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

Maksud singkatan " A'kum"

Assalamu'alaikum
Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.
JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN

military






Thursday, December 10, 2009

Monday, December 7, 2009

Friday, December 4, 2009

doa nabi

Dalam banyak peperangan Nabi suci saw akan berdoa seperti berikut:-

Ya Allah kami jadikan Kamu sebagai pelindung kepada kejahatan mereka,

Ya, Allah hancurkan kekuatan mereka,

Pecah belahkan perpaduan mereka,

Leburkan asas kekuatan mereka,

dan hantarkan anjing-anjing kamu untuk membaham mereka,

Wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa,

Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa,

Ya, Allah!

Ya, Allah!

Ya, Allah

Dan dalam satu peperangan yang lain Rasulullah saw pernah berdoa bermaksud seperti berikut:-
"Kembalikan perancangan jahat mereka, ke atas batang tengkuk mereka"
Apabila dikemukakan wanita cantik dengan pakaian terdedah, dan dengan cerita munkar seperti skandal seks, apa yang paling dilihat oleh orang ramai yang menonton? Tentu sekali aspek-aspek tarikan munkar dan melalaikan itu, walaupun katanya cerita itu mengandungi pengajaran

Baru beberapa minggu, dunia seni tanah air dikejutkan dengan kemunculan Jalang, sebuah filem yang memaparkan cerita munkar seperti ini, menggunakan wanita cantik sebagai tarikan untuk melariskan cerita.

Dan sudah pasti, pembuatnya ialah orang Melayu beragama Islam yang cuba mewajarkan cerita itu dengan pengajaran dan kisah wanita itu bertaubat, walaupun dilihat daripada poster filem ini yang terpapar di akhbar-akhbar, jauh sekali untuk dikaitkan dengan taubat.

Daripada apa yang telah muncul di media selama ini, saya dapat menyimpulkan filem ini tidak lebih daripada eksploitasi wanita dan menggunakan seks sebagai pelaris. Filem seperti ini memudahkan lagi untuk gejala sosial orang Melayu Muslim di negara ini terus memburuk.

Siapa lagi yang akan menonton filem ini kalau bukan orang Melayu yang sebahagian besarnya beragama Islam? Adakah pembuat filem ini tidak memikirkan kesan-kesan jangka panjang filem yang dibuat konon untuk menceritakan kisah taubat itu kepada umum?

Taubat ialah satu perkara besar dalam agama. Kenapa pembuat filem ini mempersembahkan cerita berkisar taubat ini dengan imej-imej munkar? Ini sangat tidak kena dengan apa yang kononnya ingin disampaikan itu.

Dunia hiburan kita kian sesak dengan hiburan melalaikan. Kita melihat hiburan realiti remaja-remaja yang bercita-cita menjadi artis menjadikan remaja-remaja itu sebagai idola dan ikutan ramai anak muda.

Hasil pengamatan saya sendiri, di rumah-rumah ramai orang Melayu satu keluarga berhimpun di hadapan televisyen menonton rancangan hiburan realiti popular Akademi Fantasia sepanjang malam.

Setiap daripada mereka pula mengenali remaja-remaja peserta rancangan itu, siap dengan latar belakang kehidupan dan bermacam-macam lagi. Tidak cukup dengan itu, mereka membeli majalah mengenai rancangan itu untuk mengenali lagi idola kesayangan mereka itu.

Hasilnya, apa yang ada dalam kepala mereka kalau bukan idola-idola ini. Hiburan menjadi satu agenda penting kehidupan mereka hari demi hari, daripada satu musim ke musim akan datang. Apakah harapan masa depan umat Muslim negara kita sekiranya sebahagian besar lebih suka berseronok dengan hiburan.

Di internet pula, semakin banyak blog yang memaparkan kehidupan selebriti yang amat mengejutkan lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan peranan mereka dalam rancangan di televisyen atau apa yang mereka katakan dalam wawancara-wawancara di akhbar.

Sesuatu perlu dilakukan untuk menghadapi serangan hiburan munkar dan melalaikan yang semakin berleluasa ini. Mereka yang mempunyai autoriti dalam agama dan dihormati termasuk tokoh-tokoh politik perlu bercakap menentang perkara ini.

Pihak berkuasa mungkin boleh menggalakkan filem dan rancangan hiburan yang berfaedah dengan memberikan bantuan tertentu dengan menyediakan dana untuk membangunkan hiburan yang lebih berkualiti dan menyumbang kepada pembangunan spiritual bangsa.

Mereka yang terlibat dalam dunia hiburan, yang mempunyai kesedaran ini perlu menggiatkan lagi usaha untuk memperbanyakkan lagi hiburan yang berfaedah. Jangan biarkan unsur-unsur munkar terus diarusperdanakan.

Baca dengan hati seorang ISLAM....!

Saya ingin berkongsi cerita in dengan anda semua mengenai sikap segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orang
Islam di Malaysia
Kejadian benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju beberapa hari lepas. Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina. Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini telah menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai oleh
pemuda cina tersebut. Gambar itu ialah seekor babi yang sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung lambang agama Islam. pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda Cina itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajunya dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si Cina tersebut.
Huru hara lah suasana di carrefour itu. Kemudian pemuda Cina itu memaki hamun lalu datanglah Manager Carrefour yang juga
beragama Islam lalu memecat lelaki Melayu tadi.. Apa yang di lakukan oleh Manager Carrefour tadi adalah satu etika yang x patut di contohi kerana, menumbuk org sesuka hati memanglah salah...Tapi malangnya, Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah agama Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan kata2 kesat. Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana di pecat, tetapi turut di maki hamun oleh saudara seislam yang di sangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam selepas dihina oleh laki Cina tadi. Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk disaman oleh Cina tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar2 untuk menunggu disaman oleh Cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak demikian.
Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi kerana ingin menegakkan agama Islam. Pada anda, berhati2 la..kerana saya percaya, tshirt yang di pakai oleh Cina tadi adalah salah satu strategi orang2 kafir untuk menjatuhkan maruah Islam.

Sebarkan kepada saudara2 Islam kita..!
1.Jika anda orang Islam sila sebarkan email ini..!!
2.Jika anda orang bukan Islam, diingatkan jangan sesekali bermain dengan api di negara malaysia islam ini

Wednesday, December 2, 2009

Tuesday, December 1, 2009

putik kapas tepi jalan

JANGAN BELI PUTIK KAPAS DI TEPI JALAN

Dear All

Tolong jangan tunjukkan simpati anda dengan orang yang menjual Putik
Kapas
(cotton buds) di tepi jalan atau di lampu isyarat... Ini kerana Putik
Kapas
itu terbuat dari kapas yang telah digunakan dihospital. Mereka
membersihkan
semua yang kotoran, darah, dan lainnya dengan mencucinya kemudian di
bleach
dengan bahan pemutih kemudian dibuatlah Putik Kapas. Jadi, jika anda
tidak
ingin menjadi orang pertama yang menderita Herpes Zoster Octicus
(infeksi
virus telinga bahagian dalam, tengah, dan luar) maka JANGAN BELI COTTON
BUDS DI TEPI JALAN. Infokan teman anda,
jika anda peduli... Just Forward !!

akibat memakan babi



cara2 syaitan menyesatkan manusia

Thursday, November 19, 2009

Maher Zain - Thank You Allah (2009) New Album

http://www.mediafire.com/?ymzad2mxmiy

Golongan Ahli Syurga

Dijamin Masuk Syurga
...Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dijamin masuk syurga dan akan dilindungi Allah di saat tidak ada lagi pelindung selain Dia, iaitu:

a. Pemimpin yang adil.
b. Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah.
c. Laki-laki yang hatinya terikat dengan masjid.
d. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e. Seorang laki-laki yang apabila dirayu oleh wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: “Tidak ... saya takut kepada Allah.”
f. Laki-laki yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.
g. Laki-laki yang berzikir kepada Allah secara sembunyi, air matanya berlinang kerana takut kepada Allah.

Gadis Penggoda

Sulaiman bin Yasir adalah seorang lelaki gagah dan tampan. Suatu hari, ia bersama seorang kawannya berniat pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji. Di suatu tempat, singgahlah mereka untuk berehat dengan mendirikan khemah. Dia tinggal di khemah sementara kawannya pergi berbelanja.

Dalam keadaan dia bersendirian di khemah, tiba-tiba muncul di hadapan Sulaiman seorang wanita cantik, seraya berkata: “Beri saya....”

Segera Sulaiman berganjak mengambil makanan, lalu diberikannya kepada wanita itu. Tetapi alangkah terkejutnya Sulaiman atas jawaban wanita itu: “Saya tidak menginginkan makanan. Saya inginkan bahagian dari lelaki yang biasa ia berikan kepada isterinya.”

Mendengar itu Sulaiman tersentak. Lalu ia berkata, “Engkau telah dipersiapkan iblis untuk menggodaku.”
Betapa gelisahnya hati Sulaiman. Ia menunduk dan meletakkan kepalanya antara dua lutut sambil menangis. Melihat keadaan demikian, gadis penggoda itu segera beredar meninggalkan Sulaiman. Tak lama kemudian terdengar langkah temannya datang. Mata sembab Sulaiman belum sempat terhapus.

“Ada apakah gerangan wahai Sulaiman?” tanyanya.

“Aku teringat puteriku,” kata Sulaiman cuba berbohong.

“Tidak mungkin. Demi Allah, engkau pasti menyembunyikan sesuatu,” bujuk si teman. Kerana didesak terus, akhirnya Sulaiman menceritakan kejadian yang baru saja berlaku. Aneh, temannya yang mendengar cerita itu malah menangis terisak-isak. Sulaiman hairan dan tertanya-tanya.

“Mengapa engkau pula yang menangis?” tanya Sulaiman.

“Saya lebih layak menangis daripada engkau. Saya berfikir bahawa seandainya sayalah yang mendapat cubaan itu, seandainya sayalah yang berada di khemah ketika itu, entah apa yang terjadi,” ucapnya.

Kemudian sampailah Sulaiman di kota Makkah, bertawaf dan bersa’i di Kaabah. Ketika telah letih dan lelah, ia berbaring di sudut ruangan berselimutkan pakaiannya sendiri. Dalam tidurnya ia bermimpi bertemu lelaki tampan, wangi pula baunya. Ia berkata kepada lelaki itu: “Siapakah Tuan? Semoga tuan mendapat curahan rahmat.”

“Aku Nabi Yusuf As-Siddiq,” jawabnya.

“Sungguh, engkau mengagumkan wahai Nabi.... Engkau menang melawan godaan isteri Tuanmu,” kata Sulaiman.

“Sesungguhnya keteguhan engkau terhadap rayuan gadis itu mengagumkan pula!” Jawab Yusuf dalam mimpi itu.

Mimpinya itu menandakan bahawa Sulaiman akan dikumpulkan bersama-sama Nabi Yusuf yang berjaya menolak godaan wanita cantik.


Lelaki Yang Dinaungi Awan
Diceritakan bahawa seorang pemuda jatuh hati kepada seorang dara. Mereka sebenarnya adalah berjiran. Ketika hari mulai pagi, gadis itu berangkat ke sebuah desa, nun jauh... seorang diri. Ia berangkat ke sana atas perintah keluarganya untuk suatu keperluan. Tak disangka, langkahnya diikuti pemuda jirannya. Dekat sudah jarak mereka berdua. Dalam dada si pemuda telah menggumpal gelora harapan. Ia rayu gadis itu, ia pujuk agar menuruti kehendaknya. Tetapi gadis itu petah menjawab: “Saya takut kepada Allah.”

Kalimat pendek itu menjebak perasaan si pemuda. Ia berkata, “Kau takut kepada Allah? Duhai... mengapa aku tidak takut?” tanyanya kepada hatinya sendiri. Langkah pemuda itu terhenti seketika. Ia patah balik dan pulang ke rumahnya. Di tengah perjalanan, ia merasakan haus yang amat sangat, sementara langit panas membakar. Hampir saja ia pengsan. Saat itulah ia bertemu seorang soleh dari bangsa Israil.

Di hadapan orang soleh itu ia menceritakan kehausannya. Orang soleh itu berkata, “Mari kita berdoa, semoga Allah melindungi kita dengan naungan awannya hingga sampai ke desa.”

“Berdoa....? Saya tidak mempunyai amal soleh apapun. Tetapi... kita memang perlu naungan. Berdoalah tuan, saya akan mengamini.”

Orang soleh itu segera memanjatkan doa, dan si pemuda mengamini dengan penuh pengharapan. Tiba-tiba awan datang di atas kepala mereka, menaungi perjalanannya hingga sampai ke desa. Ketika pemuda itu masuk ke rumahnya, hilanglah awan yang menaungi itu. Orang soleh itu menatap si pemuda. Dia melihat bahawa pemuda itu memiliki suatu amal baik, maka ia bertanya, “Ceritakan kepadaku, apa yang pernah kau lakukan?”

Dengan jujur ia bercerita mengenai perbuatannya yang hampir saja ia lakukan kalaulah tidak ingat terhadap ancaman Allah. Mendengar itu orang soleh berkata: “Sesungguhnya orang-orang yang bertaubat itu, sentiasa berada di sisi Allah, dalam suatu kedudukan yang tiada seorang pun di dalam kedudukan itu. Dan di akhirat, ia akan dimasukkan ke dalam syurga dan dikahwinkan dengan bidadari-bidadari yang kecantikannya tak dapat dibayangkan”.

Dijodohkan Di Syurga

Bersumber dari Raja’ bin Umar An-Nakha’i, dia pernah bercerita: “Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.

Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”

Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”

Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, “Selamanya aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik.”

Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.

Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?”

Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair: Kasih...
cinta yang terindah adalah mencintaimu,
sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
burung syurga menjauh
dan malaikat menutup pintu.
Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”
Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair:
Aku berada dalam kenikmatan
dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
yang tidak mungkin binasa
yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih
Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”

“Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu.

Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?”

“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” jawab kekasihnya.

Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga.

Detik-detik Terakhir Kehidupan Insan Mulia

Daripada Ibnu Mas’ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra.

Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:“Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.”

Allah berfirman: “Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”

Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila’ la.”

Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?

Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.”

Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.

Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.”

Semakin Tenat
Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.

Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata lagi “Assolah yarhamukallah.”

Fatimah menjawab: “Rasulullah dalam keadaan sakit?” Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk.

Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: “Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.”

Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: “Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?” Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.

Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka.”

Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”

Malaikat Maut Datang Bertamu
Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.

Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.”

Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?” Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.”

Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?” Fatimah menjawab: “Tidak wahai baginda.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: “Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika ya Rasulullah.” Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”

Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.

Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di langit dunia?” Jawab Malaikat Maut.

Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.”

Ketika Sakaratul Maut
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.”

Baginda SAW bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.”

Baginda SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?”

Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: “Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”

Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.”

Maka berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?” Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.

Ali ra bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.”

Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?” Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.

Kesedihan Sahabat
Berkata Anas ra: “Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa’ir.”

Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu’az bin Jabal ra telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu’az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.”

Mu’az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?” Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.

Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu’az berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?” Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.

Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu’az berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?”
(Az-Zumar: 30).

Maka menjeritlah Mu’az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi:
“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?”
(Ali-lmran: 144)

Maka Mu’az pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?” Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: “Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.”

Kemudian ia berkata: “Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?” Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud:
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.”

Lalu Mu’az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’az bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu’az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu’az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu’az: Wahai Mu’az sedarlah dan bangunlah.”

Ketika Mu’az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu’az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.

Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.
Mu’az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?” Mu’az menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.

Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu’az yang sedang pengsan.

Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu’az, lalu ia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu’az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sampaikanlah salamku kepada Mu’az.”

Maka Mu’az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: “Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra.”

Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’az mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu’az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahli bait.”

Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.”

Kemudian Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Mu’az?” Ketika Mu’az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu’az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.”

Kemudian Mu’az bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.

JAWAPAN TERHADAP PENAFIAN MUFTI BAHAWA KAYU KOKKA BERKHASIAT & DAKWAAN LEBIH KEPADA MOTIF PERNIAGAAN BERITA HARIAN - 28 November 2006. m/s 4 & HARIAN

Tiada dalil sahih yang mengatakan bahtera dan tongkat itu diperbuat daripada kayu Kokka, namun tiada juga dalil sahih yang mengatakan bahtera dan tongkat itu tidak diperbuat daripada kayu Kokka. Tiada juga dalil sahih yang menyatakan tongkat dan bahtera tersebut diperbuat daripada jenis kayu jati, cengal, berlian, balak dan sebagainya.

Di dalam sebuah artikel muka penuh Berita Harian bertarikh 31 Disember 2005 menyatakan, menurut fakta & sumber hasil kajian arkeologi bahawa Bahtera Nabi Nuh atau Noah Ark's itu diperbuat daripada kayu jenis Kokka (Gopher) yang sukar ditemui. Kayu tersebut juga menjadi bahan utama membuat bahtera dan ketahanannya menghadapi pelbagai keadaan cuaca dan alam semula jadi. Keputusan ujian makmal pada Jun 1987, membuktikan ia mengandungi logam & fosil (tinggalan tumbuhan atau haiwan dalam kerak bumi yang wujud semenjak dari zaman geologi lalu). Penemuan Dr Ronald Eldon Wyatt mendakwa menemui dan membuktikan kewujudan bahtera Nabi Nuh dengan menggunakan radar Geophysical Survey Systems Incoparated (GSSI).

Ramai telah menggunakan kayu Kokka dan merasai keberkesanannya. Ada segelintir yang menggunakan kayu Kokka dan tidak merasai keberkesanannya. Ada juga yang menggunakan kayu Kokka namun tidak menyedari keberkesanannya. Ada dikalangan mereka yang tidak menggunakan kayu Kokka kerana tidak tahu mengenainya. Samada ia berkesan atau tidak, semua bergantung kepada amalan individu tersebut disertai keizinan dari Allah SWT dan bukan kerana kepercayaan bahawa kayu Kokka itu berkhasiat semata-mata. Ini semua telah terbukti menurut pengalaman si pemakai.

Nabi Musa as. memiliki mukjizat dan tongkat beliau juga adalah mukjizat disebabkan beliau adalah seorang Rasul. Bagi manusia biasa, kita mempercayai bahawa kayu Kokka mempunyai kelebihan yakni bukanlah mukjizat. Kita juga sedia maklum bahawa manusia biasa tidak memiliki mukjizat namun dengan amalan kita dan gandingan kelebihan yang ada pada kayu Kokka disertai dengan keizinan Allah SWT yang akan membuahkan keberkesanannya.

Allah SWT jualah Pemilik kuasa yang mutlak di atas segalanya.

Adalah wajar jika penjualan kayu Kokka yang berleluasa pada masa kini dikawal. Tidak dinafikan ada peniaga mengambil kesempatan dengan mengada-adakan cerita yang tidak boleh diterima akal mengenai kelebihan kayu Kokka. Ianya boleh menyebabkan ramai orang keliru dan tertipu serta menyebabkan penyelewengan aqidah kerana tidak mendapat penerangan dan pemahaman yang jelas tentang definisi penggunaannya.

Thursday, November 12, 2009

Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal.

Pahit Getirnya Percintaan

Doktor Parsi

...Setelah Ni'ma kembali ke rumah, dia merasa sangat sedih dan putus asa. Saat itu usianya baru empat belas tahun, dan di wajahnya belum tumbuh bulu sehelai pun. Dia mengasingkan dirinya dan menangis dan meratap hingga pagi, ketika ayahnya mendatanginya dan berkata:
“Nak, Al-Hajjaj telah menipu kita dan membawa pergi gadis itu, tapi Tuhan selalu memberikan pertolongan setiap saat.”

Tapi kesedihan Ni'ma semakin besar, sehingga dia tidak tahu apa yang dikatakannya atau siapa yang datang menemuinya, dan dia jatuh sakit dan keadaannya memburuk sampai ayahnya putus asa terhadapnya, sebab semua doktor yang datang mengunjunginya berkata, “Tidak ada ubat untuknya kecuali gadis itu.”

Suatu hari, ayahnya mendengar tentang seorang doktor Parsi yang ahli, yang khabarnya sangat menguasai ilmu perubatan, dan ahli perbintangan. Al-Rabi' mengundangnya, dan ketika dia datang, dia menyuruh duduk di sampingnya, melayannya dengan sopan, dan berkata padanya, “Periksalah puteraku.”

Doktor itu berkata kepada Ni'ma, “Hulurkan tanganmu.” Ni'ma menghulurkan tangannya, dan dia meraba sendi-sendinya, menatap wajahnya dan tertawa, sambil berpaling pada Al-Rabi', dia berkata, “Satu-satunya ubat bagi puteramu ada di dalam hatinya.”

Al-Rabi' berkata, “Engkau benar, doktor. Kerahkan seluruh kemampuanmu pada semua segi dalam kes ini dan katakan padaku, tanpa menyembunyikan apa pun dariku.”

Orang Parsi itu berkata, “Dia jatuh cinta pada seorang gadis yang mungkin di Basrah atau Damsyik, dan satu-satunya ubat baginya hanyalah bertemu lagi dengan gadis itu.”

Al-Rabi' berkata, “Jika engkau boleh menyatukan mereka, aku akan memberimu sesuatu yang akan membuatmu sangat senang, dan engkau akan menjalani sepanjang hidupmu dalam kemakmuran dan kebahagiaan.”

Orang Parsi itu berkata, “Ini mudah dan dapat diselesaikan dengan cepat.” Lalu dia kembali pada Ni'ma dan berkata, “Engkau akan sembuh, maka bergembiralah dan rehatlah.” Lalu dia berkata kepada Al-Rabi', “Berikan padaku wang empat ribu dinar,” dan Al-Rabi' mengeluarkan wang itu dan memberikannya pada doktor Parsi itu, yang berkata padanya:
“Aku ingin mengajak puteramu mengadakan perjalanan bersamaku ke Damsyik, dan insya Allah, aku tidak akan kembali dari sana tanpa gadis itu.” Lalu dia berpaling pada Ni'ma dan bertanya padanya, “Siapa namamu?"

Ni'ma menjawab, “Ni'ma.”

Doktor Parsi berkata padanya, “Teguhkan hatimu, dan bergembiralah, dan makan dan minumlah untuk memperkuat dirimu dalam menempuh perjalanan, sebab kita akan berangkat menuju Damsyik hari ini juga.”

Lalu orang Parsi itu mulai mempersiapkan perbekalan yang diperlukan untuk perjalanan, setelah mendapatkan dari ayah Ni'ma wang sebanyak sepuluh ribu dinar, serta kuda-kuda dan unta-unta serta binatang-binatang pembawa beban lain untuk membawa barang-barang.

Ni'ma mengucapkan selamat tinggal pada ayah dan ibunya dan pergi bersama doktor itu menuju Aleppo, tapi mereka tidak mendengar berita tentang Nu'am di sana. Mereka meneruskan perjalanan hingga mereka tiba di Damsyik.

Orang Parsi itu menyewa sebuah kedai, dan setelah menghiasi rak-raknya dengan hiasan-hiasan yang indah dan mahal, dia memenuhinya dengan barang-barang kaca dan kain-kain penutup. Selain itu, dia meletakkan di depannya botol-botol kaca berisi segala macam dan ubat yang dikelilingi cangkir-cangkir kristal dan dengan mengenakan pakaian doktor dia duduk di kedainya dengan alat peneropong bintang di depannya.

Lalu dia mendandani Ni'ma dengan kemeja sutera dan mengikat pinggangnya dengan tali sutera, yang disulam dengan benang emas. Dia menyuruh Ni'ma duduk di hadapannya dan berkata padanya, “Ni'ma, sejak hari ini dan seterusnya, engkau menjadi anak lelakiku. Maka jangan memanggilku dengan nama lain kecuali ayah, dan aku akan memanggilmu anak.”

Ni'ma menjawab, “Aku mendengar dan patuh.”



Ubat Yang Diberkati

Orang-orang Damsyik mula berkumpul di depan kedai orang Parsi itu, menatap keelokan wajah Ni'ma dan keindahan kedai tersebut beserta barang-barang yang dipamerkan di sana, sementara sang doktor berbicara dalam bahasa Parsi dengan Ni'ma, yang juga menjawabnya dengan bahasa Parsi, sebab dia telah mempelajarinya, seperti yang biasanya dilakukan oleh laki-laki dari keluarga-keluarga terkemuka.

Orang Parsi itu menjadi terkenal di kalangan masyarakat Damsyik yang ramai berdatangan kepadanya dan mengubati penyakit-penyakit mereka. Selain itu, mereka membawakan padanya air kencing dari orang yang sakit, dan dia akan memeriksanya dan berkata, “Orang yang air kencingnya seperti ini menderita penyakit ini,” dan orang yang sakit akan berkata, “Ini benar.”

Dia meneruskan praktiknya di kalangan masyarakat Damsyik, yang beramai-ramai mendatanginya hingga kemasyhurannya tersebar ke seluruh kota dan memasuki rumah-rumah kalangan terkemuka. Suatu hari, ketika dia duduk di kedainya, seorang wanita tua mendekatinya, dengan mengenderai seekor keldai, dengan pelana terbuat dari kulit yang dihiasi permata.

Dia berhenti di kedai, dan setelah menarik tali keldainya, berjalan mendekatinya, sambil berkata, “Peganglah tanganku.” Dia memegang tangan wanita tua itu, sementara si wanita turun dari keldainya dan berkata, “Apakah engkau doktor Parsi yang datang dari Irak?”

Dia berkata, “Ya.”

Wanita tua itu berkata, “Aku mempunyai seorang puteri yang sedang sakit,” sambil mengeluarkan sebotol air kencing. Setelah memeriksanya, orang Parsi itu bertanya, “Katakan padaku siapa namanya, agar aku dapat memperhitungkan dan mengetahui saat yang paling tepat untuk memberinya ubat.”

Wanita itu menjawab, “Wahai orang Parsi, namanya adalah Nu'am.”

Ketika dia mendengar nama itu, dia terus menghitung dan menulis di tangannya dan seterusnya berkata padanya, “Aku tidak dapat memberinya ubat apa-apa kecuali jika aku tahu di negeri mana dia dibesarkan, kerana adanya perbezaan iklim, dan berapa umurnya.”

Wanita tua itu berkata, “Dia berumur empat belas tahun, dan dia dibesarkan di kota Kufah.”

Dia bertanya, “Sudah berapa bulan dia berada di negeri ini?"

Wanita itu berkata, “Dia baru beberapa bulan di sini.”

Ketika Ni'ma mendengarnya dan nama gadis itu disebut-sebut, jantungnya berdetak kencang. Orang Parsi itu berkata kepada si wanita tua itu, “Ubat ini dan ini akan sesuai untuknya.”

Wanita tua itu berkata padanya, “Maka berikanlah ubat itu padaku dengan berkah dari Tuhan yang Maha Kuasa,” sambil menyerahkan padanya sepuluh dinar.

Doktor Parsi itu berpaling pada Ni'ma dan memerintahkannya untuk mempersiapkan ubat, sementara wanita tua itu memandangnya dan berseru, “Wahai anak lelaki, engkau kelihatan serupa seperti puteriku. Semoga Tuhan melindungimu!” Lalu dia bertanya pada orang Parsi itu, “Apakah pemuda ini hamba Mamluk atau anak lekakimu?”

Orang Parsi menyahut, “Dia anak lelakiku.” Ni'ma memasukkan ubat kedalam kotak, dan setelah mengambil kertas, menuliskan baris-baris berikut ini: Jika Nu'am memberiku sekilas pandangan,
aku akan tersentuh
Jika ada yang berkata, “Lupakan dia dan kau akan
mendapatkan dua puluh orang yang seperti dia.”
Tapi aku tidak akan pernah melupakannya,
tak akan pernah menemukan yang seperti dia. Lalu Ni'ma menyelipkan kertas itu ke dalam kotak, dan setelah melekatkannya, menuliskan di atas tutupnya tulisan, “Aku Ni'ma Ibn Al-Rabi' dari Kufah”. Lalu dia meletakkan kotak itu di depan si wanita tua yang mengambilnya, dan setelah mengucapkan selamat tinggal pada mereka, pergi ke istana khalifah.

Wanita tua itu terus menjumpai Nu'am, dan setelah meletakkan kotak itu di depannya, berkata, “Wahai Tuan Puteri, telah datang ke kota kita seorang doktor Parsi, dan aku belum pernah bertemu dengan orang yang lebih pandai daripada dia dalam ilmu perubatan.

Ketika aku tunjukkan padanya botol itu dan menyebutkan namamu, dia segera mengetahui penyakitmu dan memberikan ubatnya. Lalu dia memerintahkan puteranya untuk menyiapkan ubat untukmu. Di Damsyik ini tidak ada pemuda yang lebih tampan, lebih menawan, atau lebih indah pakaiannya daripada putera doktor itu, juga tidak ada kedai lain yang menyerupai kedainya.”

Nu'am mengambil kotak itu, dan ketika mendapati nama-nama dari tuan dan ayahnya yang tertulis pada tutupnya, warna kulitnya berubah dan dia berkata pada dirinya sendiri, “Tak diragukan lagi, pemilik kedai ini telah datang untuk mencariku.” Lalu dia berkata kepada si wanita tua, “Gambarkan padaku pemuda ini.”

Wanita tua itu menyahut, “Namanya Ni'ma, dia mengenakan pakaian yang bagus, sangat tampan, dan mempunyai tanda di alis mata kanannya.”

Nu'am berkata, “Berikan ubat itu, dengan rahmat dan bantuan Tuhan yang Maha Kuasa.” Dia mengambil ubat itu dan menelannya, sambil tertawa, seraya berkata, “Ini adalah ubat yang diberkati.”

Lalu dia mencari-cari di dalam kotak, dan menemukan kertas itu. Maka dia membukanya dan membacanya, dan ketika dia memahami maknanya, dia yakin bahawa ianya ditulis oleh tuannya, dan dia merasa sangat senang dan menjadi riang gembira.

Ketika wanita tua itu melihatnya tertawa, dia berkata padanya, “Ini hari yang diberkati,” dan Nu'am menyahut, “Ya. Kini aku ingin makan dan minum.” Maka wanita itu berkata kepada para pelayan istana, “Bawa hidangan dengan makanan-makanan yang lazat untuk tuan puterimu.” Mereka membawakan makanan, dan dia duduk untuk makan.

Pada saat itu, Abd-al-Malik Ibn Marwan masuk, dan ketika dia memandang Nu'am dan melihatnya duduk dan makan, dia merasa senang. Wanita tua itu berkata padanya:
“Wahai Amirul Mukminin, selamat atas kesembuhan hamba paduka. Seorang doktor telah datang ke kota ini dan hamba belum pernah bertemu dengan orang yang lebih pandai dalam ilmu perubatan di banding dirinya. Hamba membawakan Nu'am ubat darinya, dan dia hanya meminumnya sekali dan terus sembuh.”

Khalifah berkata padanya, “Ambil seribu dinar dan gunakan itu untuk menyembuhkannya sepenuhnya.” Lalu dia keluar, merasa gembira melihat kesembuhan Nu'am. Wanita tua itu kembali mendatangi kedai sang doktor dengan wang seribu dinar dan memberikannya padanya, sambil mengatakan bahawa dia adalah wanita utusan khalifah dan menyerahkan padanya kertas yang telah ditulis oleh Nu'am.

Sang doktor menerimanya dan memberikannya kepada Ni'ma, yang ketika dia melihatnya, mengenali tulisan tangan itu dan jatuh pengsan. Ketika dia sedar, dia membuka kertas itu dengan mendapati tulisan di dalamnya yang berbunyi: “Dari gadis hamba korban penipuan yang telah terampas kebahagiaannya, dan dipisahkan dari kekasih hatinya. Suratmu telah sampai paduka, dan telah membuatku gembira dan menyenangkan hatiku.”


Menyamar Sebagai Wanita

Ketika Ni'ma membaca surat dari kekasihnya, dari matanya mengalir air mata, dan wanita tua itu bertanya padanya, “Nak, mengapa kamu menangis? Semoga Tuhan melindungi matamu dari tangisan!"

Orang Parsi itu berkata: “Bagaimana dia tidak akan menangis, sedangkan gadis itu adalah gadis hambanya, dan dia adalah pemilik gadis itu, iaitu Ni'ma Ibn Al-Rabi' dari Kufah. Sesungguhnya, kesembuhan gadis itu tergantung pada kesempatan untuk bertemu dengannya, sebab satu-satunya ubat baginya adalah kecintaannya kepadanya.
“Simpanlah wang seribu dinar itu (dan engkau akan menerima dariku lebih banyak dari ini), dan kasihanilah kami, sebab kami tidak mempunyai cara lain untuk mengatasi keadaan ini kecuali melalui bantuanmu.”

Wanita tua itu bertanya pada Ni'ma, “Apakah engkau benar-benar tuannya?"

Ni'ma menjawab, “Ya.”

Wanita tua itu berkata, “Engkau berkata jujur, sebab dia tak henti-hentinya menyebut-nyebutmu.”

Lalu Ni'ma menceritakan padanya apa yang terjadi dari awal hingga akhir, dan wanita tua itu berkata padanya, “Anak muda, engkau tidak akan bertemu kembali dengannya kecuali melalui pertolonganku.”

Lalu dia menaiki keldainya dan segera kembali ke istana, dan ketika mememui gadis itu, dia memandang wajahnya, tertawa, seraya berkata, “Wahai Puteriku, engkau berhak menangis dan jatuh sakit kerana berpisah dari tuanmu Ni'ma Ibn Al-Rabi' dari Kufah.”

Nu'am berkata, “Selubung telah dibuka, dan kebenaran telah dibukakan kepadamu.”

Wanita tua itu berkata, “Bergembira dan rehatlah, sebab demi Tuhan, aku akan menyatukan kalian, bahkan jika itu harus kutebus dengan nyawaku.” Lalu dia kembali menjumpai Ni'ma dan berkata padanya, “Aku menemui gadis kekasihmu dan mendapati bahawa dia merindukanmu lebih dari pada engkau merindukannya, sebab Amirul Mukminin ingin mengunjunginya, tapi dia menolak bertemu dengannya.”

“Jika engkau mempunyai keteguhan hati dan keberanian, aku akan mengambil risiko dan mempertemukan kalian, dengan menyusun strategi untuk memasukkanmu ke istana khalifah, tempat engkau akan bertemu dengannya, sebab dia tidak boleh keluar.”

Ni'ma berkata, “Semoga Tuhan memberikan pahala kepadamu.” Lalu wanita itu mengucapkan selamat tinggal padanya, “Tuanmu hampir mati kerana cintanya padamu, dan dia ingin bertemu denganmu. Bagaimana pendapatmu?"

Nu'am menjawab, “Aku pun hampir mati kerana cinta dan ingin bertemu dengannya.”

Maka wanita tua itu memasukkan pakaian wanita dan beberapa hiasan serta permata ke dalam sebuah bungkusan, dan ketika menemui Ni'ma dia berkata padanya, “Mari kita ke suatu tempat agar tidak dilihat orang.”

Ni'ma membawanya ke sebuah bilik di belakang kedai, lalu mendandani Ni'ma sebagai seorang gadis, menghiasi wajahnya bedak wangi, menyikat rambutnya, memasang gelang di pergelangan tangannya, dan melengkapinya dengan hiasan-hiasan paling indah yang biasa dikenakan gadis-gadis hingga dia nampak seperti salah seorang perawan syurga.

Ketika dia memandang penampilan pemuda itu, dia berseru:
“Terpujilah Tuhan, Pencipta yang paling baik. Demi Tuhan, engkau adalah gadis yang paling cantik!” Lalu dia berkata padanya, “Berjalanlah dengan bahu kirimu ke depan, dan goyangkan pinggulmu.”

Pemuda itu berjalan di depan wanita tua itu memberikan petunjuk-petunjuk, dan ketika dia menyaksikan bagaimana pemuda itu berjalan layaknya seorang wanita, dia berkata:
“Tunggu sampai aku kembali esok malam dan, insya Allah, aku akan membawamu ke istana. Jika engkau melihat para pangeran dan pelayan, jangan takut, tapi tundukkan kepalamu dan jangan bicara dengan sesiapa pun, sebab akulah yang berbicara untukmu, dan semoga Tuhan memberi kita kemenangan.”

Keesokan harinya, wanita itu datang kepadanya dan membawanya ke istana. Dia masuk ke istana mendahului pemuda itu, dan Ni'ma mengikutinya. Para pengawal hampir sahaja akan menghentikannya tapi wanita tua itu berkata:
“Wahai yang mulia, ini adalah gadis hamba untuk Nu'am, kesayangan khalifah. Berani sekali engkau menghalangnya untuk masuk?” Lalu dia berkata pada Ni'ma, “Masuklah.”

Ni'ma berjalan bersamanya sampai mereka tiba di dekat pintu menuju halaman dalam istana. Wanita tua itu berkata padanya,
“Ni'ma kumpulkan kebulatan tekadmu dan keberanianmu, dan masuklah ke istana.”
“Berbeloklah ke kiri, hitung lima pintu, dan masukilah pintu yang keenam, sebab itulah pintu istana yang dipersiapkan untukmu. Jangan takut, dan jika ada yang mengajakmu berbicara, jangan layani.”

Lalu dia berjalan bersamanya hingga mereka tiba di pintu-pintu itu, tapi pelayan yang ditugaskan untuk mengawal tempat itu bertanya padanya, “Siapakah gadis ini?”

Wanita tua itu menjawab, “Junjungan kita ingin membelinya.” Pelayan itu berkata, “Tak seorang pun boleh masuk tanpa izin Amirul Mukminin. Kembalilah bersamanya, sebab aku tidak membiarkannya masuk. Ini perintahku.”

Wanita tua itu berkata, “Wahai ketua pengawal, pakailah otakmu. Nu'am adalah gadis khalifah, yang menyayanginya dan sangat bahagia melihat kesembuhannya, dan gadis itu ingin membeli hamba ini. Jangan halangi dia untuk masuk, sebab Nu'am mungkin akan mendengarnya dan menjadi marah terhadapmu dan membuatmu kehilangan kepala.”

Lalu dia berkata pada Ni'ma, “Masuklah, jangan peduli pelayan itu, dan jangan katakan pada junjunganmu bahawa dia berusaha menghalangimu masuk.” Ni'ma menundukkan kepalanya dan masuk, tapi bukannya membelok ke kiri, dia membelok ke kanan tanpa sengaja, dan bukannya menghitung lima pintu dan memasuki pintu keenam, dia menghitung enam pintu memasuki pintu ketujuh.

Ketika sudah berada di dalam, dia mendapati dirinya di sebuah tempat yang lantainya dilapisi kain merah dengan tirai-tirai sutera yang dihiasi emas tergantung di dinding. Ada beberapa kayu gaharu, kasturi yang wangi, dan pada hujung ruangan yang ada sebuah sofa yang dilapisi kain merah.

Ni'ma duduk di atas sofa, sambil memikirkan keadaannya, tanpa menyedari apa yang telah ditakdirkan Tuhan untuknya, ketika tiba-tiba saudara perempuan khalifah masuk, diikuti oleh pelayannya.

Ketika dia melihat pemuda itu, dia mengiranya sebagai seorang gadis hamba, dan sambil mendekatinya, dia bertanya, “Siapakah engkau, dan mengapa engkau di sini?"

Ni'ma tidak menjawab, dan wanita itu berkata kepada pelayannya, “Berdirilah di pintu, dan jangan biarkan siapa pun masuk.” Lalu dia mendatangi Ni'ma dan menatap keelokan wajahnya dan berkata, “Gadis muda, katakan padaku siapa dirimu, siapa namamu, dan mengapa engkau ada di sini, sebab aku tidak pernah melihatmu di istana sebelum ini.”

Ketika Ni'ma tidak menjawab, dia menjadi marah, dan ketika meletakkan tangannya di dada Ni'ma, dia mendapatinya tidak ada payudara, dan bemaksud akan melepaskan pakaian luarnya, untuk mengetahui siapa dirinya, tapi Ni'ma itu berkata padanya, “Wahai Tuan Puteri, aku adalah hambamu, dan hamba bergantung pada belas kasihmu; belilah hamba dan lindungi hamba.”

Wanita itu berkata, “Engkau tidak akan dizalimi, tapi siapakah engkau, dan siapa yang membawamu ke dalam bilikku?"

Ni'ma menjawab, “Wahai Puteri, nama hamba Ni'ma Ibn Al-Rabi' dari Kufah, dan hamba telah mempertaruhkan nyawa hamba demi gadis hamba yang bernama Nu'am yang diculik Al-Hajjaj melalui tipu daya dan dibawa ke sini.”

Wanita itu berkata kepadanya lagi, “Engkau tidak akan dizalimi.” Lalu dia memanggil pelayannya dan berkata padanya, “Pergilah ke bilik Nu'am.”

Wanita pelayan tua itu pergi ke bilik Nu'am dan bertanya padanya, “Sudahkah tuanmu mendatangimu?"

Nu'am menjawab, “Belum, demi Tuhan.”

Dia berkata, “Dia mungkin keliru jalan dan memasuki bilik lain.”

Nu'am menjerit, “Tidak ada kekuatan dan kekuasaan kecuali di tangan Tuhan yang Maha Kuasa, Maha Besar! Waktu untuk kami telah ditentukan, dan kami akan binasa.”

Ketika mereka sedang duduk sambil berfikir, pelayan sang puteri masuk, dan setelah memberi hormat pada Nu'am, dia berkata padanya, “Junjungan hamba mengundangmu ke biliknya.”

Nu'am menjawab, “Aku mendengar dan patuh.”

Wanita tua itu berkata kepada Nu'am, “Mungkin tuanmu ada bersama saudara perempuan khalifah, yang berkata padanya, “Inilah tuanmu, sedang duduk bersamaku. Nampaknya dia telah memasuki bilikku tanpa sengaja, tapi insya Allah, kalian tidak akan dizalimi.”

Ketika Nu'am mendengar kata-kata saudara perempuan khalifah, rasa takut hilang, dan dia mendekati tuannya Ni'ma, dan ketika pemuda itu melihatnya, dia bangkit, dan mereka masing-masing saling berpelukan dan jatuh pengsan.
Ketika mereka sedar, saudara perempuan khalifah berkata kepada mereka, “Duduklah di sini sampai aku menemukan jalan keluar dari masalah ini.”

Mereka menyahut, “Kami mendengar dan patuh. Nasib kami ada di tanganmu.”

Wanita itu berkata, “Demi Tuhan, aku tidak ada niat apa-apa kecuali niat baik terhadap kalian.” Lalu dia berkata kepada pelayannya, “Bawakan makanan dan minuman,” dan ketika pelayan itu membawakan makanan dan minuman, mereka makan sampai kenyang. Lalu mereka duduk untuk minum, sambil menggilirkan cangkir keliling, sampai mereka melupakan segala kesedihan. Tapi Ni'ma berkata, “Aku ingin tahu apa yang akan terjadi seterusnya.”

Saudara khalifah bertanya padanya, “Ni'ma apakah engkau mencintai Nu'am?"

Ni'ma menjawab, “Wahai Tuan Puteri, cinta hamba kepadanyalah yang telah mendorong hamba mempertaruhkan nyawa hamba.”

Lalu dia bertanya kepada Nu'am, “Nu'am, apakah engkau mencintai tuanmu Ni'ma?"

Nu'am menjawab, “Wahai Tuan Puteri, cinta hamba kepadanyalah yang membuat jatuh sakit dan menyia-nyiakan tubuh hamba.”

Lalu sang puteri berkata, “Demi Tuhan, kalian saling mencintai, dan semoga tidak ada seorang pun yang memisahkan kalian. Bergembira dan bersenang-senanglah.”

Mereka sangat senang mendengarnya, dan Nu'am meminta sebuah kecapi, dan ketika kecapi dibawakan untuknya, dia memainkannya dan menyanyikan syair-syair yang indah dan menyenangkan.

Lalu dia menyerahkan kecapi kepada tuannya Ni'ma dan berkata, “Bernyanyilah untuk kami,” dan Ni'ma memainkannya dan menyanyikan syair-syair yang indah dan menghibur.

Ketika dia selesai menyanyikan beberapa syair, Nu'am mengisi cangkir dan memberikannya kepada Ni'ma, dan dia meminumnya. Lalu dia mengisi cangkir yang lain dan menyerahkannya kepada saudara perempuan khalifah, yang meminumnya dan menunjukkan kesenangannya.


Pertemuan dengan Khalifah

Mereka terus bernyanyi dan minum bersama dengan alunan merdu suara kecapi, penuh kegembiraan dan keriangan, ketika tiba-tiba Amirul Mukminin masuk. Begitu mereka melihatnya, mereka berdiri dan mencium tanah di depannya.

Ketika lelaki itu memandang Nu'am dan melihatnya memegang kecapi di tangan, dia berkata padanya, “Wahai Nu'am, alhamdulillah, Tuhan telah menyembuhkanmu dari penyakitmu.” Lalu, ketika menatap Ni'ma, yang masih berpakaian wanita, dia bertanya, “Adik, siapakah gadis yang duduk di samping Ni'ma ini?"

Saudara perempuannya menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, dia adalah salah seorang selirmu, sahabat dekat Nu'am yang tidak mahu makan atau minum tanpa dia.”

Khalifah berkata, “Demi Tuhan yang Maha Besar, dia sama cantiknya dengan Nu'am. Esok, aku akan memberinya bilik Nu'am dan mengirimkan perabot ke sana dan juga pakaian dan segala sesuatu yang sesuai, sebagai penghormatan kepada Nu'am.”

Lalu saudara perempuan khalifah menyuruh mengambilkan makanan dan meletakkannya di depan khalifah, yang makan dan tetap duduk bersama mereka. Lalu dia mengisi cangkir dan memberi isyarat pada Nu'am agar menyanyi untuknya, Nu'am mengambil kecapi, setelah dia minum dua cangkir, dia menyanyikan syair-syair yang menyentuh perasaan.

Amirul Mukminin sangat senang, dan dia mengisi cangkir yang lain dan setelah memberikannya pada Nu'am, memintanya agar menyanyi lagi. Nu'am meminumnya hingga habis dan menyanyikan syair-syair yang menggembirakan.
Ketika khalifah mendengar syair Nu'am ini, dia berkata padanya, “Nu'am! Betapa indahnya bahasa yang kau ucapkan dan betapa fasihnya engkau!"

Mereka terus bersenang-senang sampai tengah malam, ketika saudara perempuan khalifah berkata, “Wahai Amirul Mukminin, aku ingin menceritakan padamu kisah yang pernah kudengar dari seorang tokoh terkemuka.”

Khalifah bertanya, “Seperti apakah kisah itu?"

Adiknya berkata, “Wahai Amirul Mukminin, konon hiduplah di kota Kufah seorang pemuda bernama Ni'ma Ibn Al-Rabi', dan dia mempunyai seorang gadis hamba yang dicintainya dan yang mencintainya pula.”

“Mereka telah dibesarkan bersama-sama di buaian yang sama, dan ketika mereka mencapai usia remaja, mereka jatuh cinta satu sama lain, tapi kehidupan mendatangkan kemalangan dan memperlakukan mereka dengan tidak adil dan menetapkan mereka untuk berpisah.”

“Sebab beberapa orang yang berhati busuk menipunya agar pergi dari rumah itu dan mencurinya dari sang pemuda, dan orang yang mencuri gadis itu menjualnya pada seorang raja seharga sepuluh ribu dinar. Gadis itu mencintai tuannya sebagaimana tuannya mencintainya.”

“Maka sang pemuda meninggalkan rumahnya dan keluarganya dan pergi mencari kekasihnya. Dia berusaha mencari jalan untuk mendapatkannya kembali, dan mencurahkan seluruh kekuatan dan mempertaruhkan nyawanya, sampai akhirnya dia berhasil.”

“Tapi tidak lama setelah mereka duduk berdua, datanglah raja yang telah membeli gadis itu dari orang yang telah mencurinya, dan dengan tergopoh-gapah raja memerintahkan agar mereka dihukum mati, tanpa mereka diberi kesempatan untuk diadili. Wahai Amirul Mukminin, bagaimana pendapatmu tentang tindakan raja yang tidak adil itu?”

Khalifah menjawab, “Ini adalah kisah yang aneh! Sepatutnya raja boleh mengampuni kerana dia juga boleh menghukum, sebab dia harus mempertimbangkan tiga faktor dalam kes mereka:
“Pertama, bahawa mereka saling mencintai; kedua, bahawa mereka ada di rumahnya dan tergantung pada belas kasihnya; ketiga, bahawa seorang raja harus adil dalam menangani perkara rakyatnya, terutama dalam masalah-masalah ketika dia secara peribadi terlibat. Raja tersebut seharusnya tidak bertindak sebagaimana layaknya seorang raja.”

Saudara perempuannya berkata, “Demi Tuhan di langit dan di bumi, mintalah Nu'am agar bernyanyi, dan dengarkan kata-katanya.”

Dia berkata pada Nu'am, “bernyanyilah untuk kami,” dan gadis itu menyanyikan syair ini dengan irama yang menyentuh hati: Nasib telah berkhianat,
seperti yang biasa dilakukannya,
Menyakiti hati, menghidupkan kesengsaraan
yang mengganggu,
Dan memisahkan sepasang kekasih
setelah mereka
Bersama-sama, dan menyebabkan
air mata mereka mengalir.
Kita bersama, dan hidupku sangat bahagia,
Sebab keberuntungan membuat kita boleh
saling memandang.
Maka kita akan meratapimu dalam kedukaan
kerana kehilanganmu
Dan memerah darah dan air mata,
menangis siang dan malam.

Ketika Amirul Mukminin mendengar ini, dia menjadi sangat senang, dan saudara perempuannya berkata padanya, “Wahai Amirul Mukminin, barangsiapa yang menetapkan hukuman bagi dirinya sendiri, harus melaksanakan dan membuktikan kata-katanya dengan perbuatan, dan engkau telah menetapkan hukuman bagi dirimu sendiri.”

Lalu dia berkata kepada Ni'ma, “Berdirilah, Ni'ma, dan engkau juga Nu'am.” Mereka berdua berdiri, dan saudara perempuan khalifah berkata, “Gadis ini, yang berdiri di hadapanmu, adalah Nu'am yang diculik, yang dicuri oleh Al-Hajjaj Ibn Yusuf Al-Tsaqafi dan diserahkan kepadamu, dengan berbohong dalam surat yang ditulisnya kepadamu, iaitu dengan mengatakan bahawa dia telah membelinya seharga sepuluh ribu dinar.

Pemuda ini pula adalah tuannya, Ni'ma Ibn Al-Rabi'. Aku mohon kepadamu atas nama yang terpuji dari nenek moyangmu yang mulia, supaya mengampuni mereka dan memberikan yang satu pada yang lain sebagai hadiah, agar Tuhan memberimu pahala atas perbuatanmu terhadap mereka, sebab mereka bergantung pada belas kasihmu, dan mereka telah makan dari makananmu dan minum dari minumanmu, dan aku jadi saksi bagi mereka dan memohon kepadamu untuk mengampuni nyawa mereka.”

Khalifah berkata, “Engkau benar; aku telah menetapkan hukuman dan aku tidak pernah menetapkan hukuman tapi kemudian mencabutnya kembali.” Lalu dia bertanya pada Nu'am, “Nu'am, inikah tuanmu?"

Gadis itu menjawab, “Benar, Amirul Mukminin.”

Dia berkata, “Jangan takut apa-apa, sebab aku memberikanmu kepadanya sebagai hadiah dan aku memberikannya kepadamu sebagai hadiah pula.” Lalu dia berkata, “Ni'ma, bagaimana engkau tahu di mana dia berada dan siapa yang membawamu ke tempat ini?"

Ni'ma menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, dengarkan cerita hamba, sebab demi nenek moyang paduka, hamba tidak menyembunyikan sesuatu pada diri paduka.” Lalu dia menceritakan pada khalifah semua peristiwa yang telah terjadi padanya, apa yang telah dilakukan doktor Parsi dan wanita pelayan itu dan bagaimana wanita tua itu membawanya masuk ke dalam istananya dan bagaimana dia sindiri salah memasuki pintu.

Khalifah kehairan-hairanan mendengar kisah itu dan berkata, “Bawa menghadapku doktor Parsi itu.” Maka mereka memanggilnya, dan khalifah menjadikannya salah seorang pegawai tinggi, memberinya jubah kehormatan, dan memberinya hadiah yang menarik, sambil berkata, “Barangsiapa datang berkerja dengan baik harus dilantik menjadi pegawai tinggi kami.”

Khalifah juga melayani Ni'ma dan Nu'am dengan ramah, memberi mereka hadiah-hadiah, dan juga pada wanita pelayan itu. Mereka tinggal bersamanya dalam kegembiraan dan kesenangan selama tujuh hari. Lalu Ni'ma meminta izin untuk kembali bersama Nu'am ke Kufah, dan khalifah mengizinkannya. Maka mereka menyiapkan perjalanan mereka, dan Ni'ma bertemu kembali dengan ayah dan ibunya. Mereka bersama-sama menempuh kehidupan yang paling bahagia hingga mereka harus menyerah pada pemisah kerabat dan penghapus kebahagiaan, iaitu maut.

Tiga Watak Di Akhir Zaman

Kedatangan Imam Mahdi
..Ada disebutkan dalam Atsar, kata-kata sahabat yang menerangkan tanda-tanda sudah dekatnya kemunculan Imam Mahdi. Menurut riwayat apabila sudah dekat kedatangan Imam Mahdi akan banyak terjadi peperangan, banyak bencana dan banyak bala.

Pada masa itu nanti semakin banyak terjadi pembunuhan dan peperangan. Orang mahu berbunuh-bunuhan kerana masalah remeh-temeh. Antara satu kumpulan de-ngan kumpulan lain, begitu juga antara satu negara dengan negara lain berperang kerana masalah kecil. Bencana semakin banyak berlaku, seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, angin puting beliung, banjir dan sebagainya. Begitu juga penyakit, semakin banyak jenis penyakit dan semakin ramai manusia yang berpenyakit.

Menjelang datangnya Imam Mahdi nanti akan muncul api yang besar dari arah Masyriq (tempat terbitnya matahari) dan menerangi seluruh ufuk selama tiga malam. Pada masa itu juga nanti lengkaplah jumlah orang-orang yang mengaku dirinya sebagai nabi berjumlah enam puluh orang. Masa itu akan tenggelam kampung-kampung di negeri Syam. Akan datang angin yang hitam yang me-nyebabkan manusia ramai yang mati. Sungai Furat di Iraq akan melimpah (banjir) yang menyebabkan kota Kufah tenggelam. Akan terdengar suara seruan dari langit. Suara itu dapat didengar oleh semua manusia yang ada di dunia. Dan yang paling menghairankan lagi, suara itu dapat difahami oleh semua orang.

Orang yang hanya tahu atau faham bahasa Inggeris faham mendengar seruan dari langit itu, begitu juga pengguna bahasa Cina, bahasa India, bahasa Melayu, bahasa Arab dan sebagainya. Mungkin juga panggilan itu dalam bahasa Arab tetapi semua orang mendengar dalam bahasanya sendiri.

Terdengar suara pada tengah malam bulan Ramadan yang menyebabkan semua orang yang tidur terbangun atau terperanjat. Banyak pembunuhan dan banyak peperangan berlaku sehingga darah mengalir di jalan-jalan raya. Orang semkain berani berbuat jahat tidak kira tempat dan waktu.

Pada masa itu nanti yang diangkat menjadi pemimpin pun terdiri dari orang-orang jahat. Pemimpinnya jahat dan orang yang dipimpin pun sama-sama jahat. Dalam hadis dikatakan ramai manusia pada masa itu nanti yang beriman pada waktu petang tetapi esok paginya sudah menjadi kafir. Namun demikian ramai ulama yang mengertikan hadis itu dengan kafir nikmat.

Bukan bererti petang dia masih Islam esok harinya sudah Nasrani atau Yahudi misalnya. Maksud hadis itu menurut ulama menunjukkan banyaknya orang yang kafir nikmat. Apa-apa nikmat dan pemberian Allah tidak disyukuri dan tidak digunakan kepada yang diredai Allah SWT.

Menjelang turunnya Imam Mahdi dikatakan pasukan tentera dari Turki akan datang ke jazirah Arab. Mereka datang untuk menakluki tanah-tanah jazirah Arab. Mereka bunuh pemimpin-pemimpinnya dan mereka kuasai daerahnya.
Dalam keadaan dunia yang buruk dan kacau itu tiba-tiba muncullah Imam Mahdi. Beliau datang untuk meneruskan atau menyambung perjuangan datuknya (Muhammad s.a.w) untuk mengatasi kekalutan dan kekacauan yang dihadapi umat. Semua makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi merasa gembira dengan kedatangan Imam Mahdi itu. Bukan hanya manusia yang gembira, tetapi juga binatang buas, burung-burung dan makhluk lainnya.

Imam Mahdi itu adalah seorang lelaki yang soleh dari keluarga Rasulullah s.a.w yang ada ketika itu (pada masa munculnya) nanti. Dia diangkat orang menjadi pemimpin ketika manusia di seluruh dunia nanti sudah begitu buruk keadaannya.

Mereka mengangkat Imam Mahdi menjadi pemimpin ketika itu nanti setelah melihatnya berilmu, berakhlak dan mempunyai banyak kelebihan. Manusia yang ada pada zaman itu nanti mengharap semoga dia dapat mengembalikan dunia kepada kebaikan. Dengan perasaan yang cukup berat, dia (Imam Mahdi) menerimanya. Dia sendiri tidak tahu yang dirinyalah Imam Mahdi yang ditakdirkan Allah SWT untuk diutus ke dunia. Begitu juga manusia sedunia yang telah mengangkatnya menjadi pemimpin dunia, tidak tahu bahawa orang yang mereka angkat itu adalah Imam Mahdi.

Kerana tidak tahu yang dirinya Imam Mahdi dan tidak berapa suka menjadi pemimpin, sudah tentu dia pun tidak ada berkempen mengajak orang untuk mengangkatnya. Setelah dia memimpin dunia dengan baik barulah orang tahu bahawa itu adalah Imam Mahdi. Dia tunjukkan perilaku yang baik, dia ajak manusia mengerjakan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar, kemudian orang pun mengikuti arahannya.

Mengapa manusia yang sudah begitu lama bergelimang dengan dosa mahu diajak kepada kebaikan? Ini tentunya samalah dengan zaman jahiliah dahulu, yang mana keadaan masyarakat sudah begitu buruk, tiba-tiba datang seorang utusan Allah untuk membaiki keadaan dunia, orang pun terus mengikutnya.

Manusia mahu diajak kepada kebaikan tentunya setelah melihat orang yang mengajak itu mempunyai banyak kelebihan, dan yang paling penting orang yang mengajak itu berjuang dengan ikhlas dan sesuai kata-kata dengan perbuatannya. Jadi nanti manusia seluruh dunia mengikut ajarannya kemudian dia pun mengatur dunia dengan baik.

Keadilan dapat ditegakkan seperti zaman Rasulullah s.a.w. dahulu. Kerana keadaan masyarakat sudah baik dan sudah beriman, malapetaka dan musibah berkurangan. Bahkan rahmat Allah pula yang datang dan rezeki melimpah ruah. Setelah dunia aman dan makmur serta melihat pemimpinnya tidak terpedaya oleh kesenangan dunia, tahulah mereka bahawa yang memimpin mereka itu adalah Imam Mahdi.


Kedatangan Dajjal

Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku me-nyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.

Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.” Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?” Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.



Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.”
Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.

Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.”
Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”
Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita. Wallahu A'lam.


Kedatangan Nabi Isa

Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam’an bahawa Rasulullah bersabda tentang Nabi Isa: “Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.”

Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa akan turun di Syam, bahkan juga di Damsyik, iaitu di sisi menara sebelah timur. Beliau akan turun pada waktu fajar. Ibnu Katsir ada berkata: “Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal di sebelah timurnya kecuali yang berada disamping masjid jamik Amawi, iaitu di sebelah timur Damsyik.”
Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 hijrah. Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun nanti, untuk me-ngenalinya orangnya sedang dan kulitnya putih kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Dia akan mengajak orang kepada Islam. Pada zamannya juga nanti dia akan menghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajal pada zamannya, bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik. Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa a.s. wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin.”

Muhammad s.a.w adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi sesudahnya. Turunnya Nabi Isa pada akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam bererti menyerahkan segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, beriman dengan semua Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan sebenar-benar taat. Itu semua sebenarnya sudah dianjurkan oleh agama-agama langit semenjak zaman Nabi Ibrahim, selaku bapa nabi-nabi, sampai kepada Muhammad s.a.w selaku nabi terakhir.

Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah. Beliau dahulu sudah ada membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba beliau diangkat ke langit. Nanti di akhir zaman beliau akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan membawa agama atau syariat baru. Beliau datang nanti untuk menguatkan agama Islam,
Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal: “Ya Rasulullah, ke mana orang-orang Arab ketika itu?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu).
“Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa a.s sambil memegang bahu Imam itu berkata: “Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau.” Maka sembahyanglah mereka semua di belakang Imam tadi.

“Selesai solat, Isa a.s berkata kepada semua jemaah: “Bukakan pintu itu.” Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata.
“Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajal itu lari terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajal itu.

“Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu. Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan pandai bercakap atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya. Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi), jika mereka bersembunyi di bawahnya, pokok itu akan berkata: “Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Dajal akan berada di dunia selama empat puluh tahun. Satu tahun lamanya seperti setengah tahun, terkadang seperti satu bulan. Satu bulan seperti satu minggu. Dan pada hari yang terakhir terasa sekejap sahaja. Pagi-pagi kamu berada di pintu masuk kota Madinah (Madinah pada zaman Rasul), sampai kamu di pintu yang lain hari pun masuk waktu malam.”

Mendengar yang demikian ada yang bertanya: “Bagaimana kami mengerjakan solat dalam waktu yang begitu singkat ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukur sajalah jaraknya dan bandingkan dengan waktu yang panjang sekarang ini.”

Rasulullah s.a.w berkata: “Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana dan adil. Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan membunuh semua babi. Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada orang yang berhak menerimanya.

“Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah. Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada yang disembah selain Allah.

“Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkan cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga manusia akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya.”

Ibnu Katsir berkata: “Abdul Rahman Al-Muharibiy berkata: “Sebaiknya hadis ini dijadikan untuk mendidik saja. Hadis ini tidak sahih tetapi banyak hadis lain yang hampir sama maksudnya dengannya. Di antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata: “Wahai orang muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”

Menurut riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala khazanah kekayaannya, iaitu pada zaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan harta melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat.

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Sudah hampir masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajal, membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika itu melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian alam.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Ibnu Mas’ud, dari Rasulullah s.a.w: “Pada malam aku diisrak mikrajkan, aku telah berjumpa dengan Ibrahim, Musa dan Isa a.s. Mereka membincangkan hari kiamat dengan menanyakan permasalahannya kepada Ibrahim. Tetapi beliau hanya menjawab: “Tidak ada pengetahuanku tentang hari kiamat. Cuba kalian tanya kepada Musa.” Mereka tanya Nabi Musa tetapi beliau juga hanya menjawab: “Aku tidak tahu tentang kiamat. Cuba kalian tanyakan kepada Isa.”

“Mereka tanyakan kepada Isa kemudian beliau berkata: “Sebenarnya tidak ada yang mengetahui masalah ini kecuali Allah. Menurut yang dijanjikan Allah kepadaku, Dajal nanti muncul sedangkan di tanganku ada dua sabit (alat pemotong). Sebaik saja Dajal itu melihat aku, dia pun hancur seperti hancurnya timah yang terkena panas. Allah akan membinasakannya, begitu juga orang-orang kafir lainnya. Sehingga batu dan pokok kayu nanti akan ikut berkata: “Wahai orang muslim, di bawahku ada orang kafir bersembunyi, marilah dan bunuhlah dia.”

Kata Nabi Isa lagi: “Setelah Allah SWT membinasakan mereka, orang-orang muslim pulang ke rumah mereka masing-masing. Dalam keadaan demikian keluar pula Yakjuj dan Makjuj, yakni bertebaran dari segenap penjuru.
Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj itu, maka semua kampung dan tempat tidak ada yang tidak dipijak oleh mereka. Mereka memakan semua makanan yang ada dan meminum semua air. Setelah habis makanan dan buah-buahan, daun-daunan pun habis mereka makan. Air sungai dan tasik semua habis mereka minum.”

Tambah beliau lagi: “Orang-orang mukmin ketika itu tidak tahan melihat ulah Yakjuj dan Makjuj itu sehingga mereka memohon kepada Allah supaya dibinasakan binatang itu. Berkat doa mereka itu, Yakjuj dan Makjuj itu mati semua. Sekarang timbul masalah yang cukup besar lagi, yakni bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di mana-mana. Di mana-mana seluruh dunia terasa bau bangkai. Akhirnya Allah SWT menurunkan hujan lebat sehingga bangkai-bangkai itu hanyut ke sungai dan kemudian hanyut ke laut.”

Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak, Rasulullah s.a.w bersabda: “Belum terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam berjalan di udara untuk mengerjakan haji dan umrah, atau sehinga Allah SWT menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi sahabatnya. Nabi Isa dan kelompok Ashabul Kahfi akan berjalan untuk mengerjakan haji kerana mereka selama ini belum mati dan belum pernah mengerjakan haji.”

Sebelum ini sudah diterangkan riwayat dari Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s akan memimpin dunia nanti selama 40 tahun. Namun demikian disebutkan dalam sahih Muslim, dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi Isa akan berada di dunia selama 7 tahun. Pendapat yang lebih kuat ialah yang mengatakan 40 tahun. Menurut Ibnu Katsir kedua-dua pendapat itu sama-sama benar. Maksudnya kata beliau Nabi Isa diangkat ke langit pada usia 33 tahun, kemudian turun nanti ke dunia selamaa 7 tahun lagi, yakni sebelum beliau diwafatkan Allah SWT. Setelah tujuh tahun memimpin dunia, Nabi Isa wafat. Maka umur Nabi Isa secara keseluruhannya 40 tahun. Wallahu A'lam.

Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih, Yakjuj dan Makjuj akan keluar pada zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT memusnahkannya berkat doa Nabi Isa pada satu malam. Ada juga disebutkan dalam hadis bahawa Nabi Isa akan mengerjakan haji setelah turun nanti. Muhammad bin Ka’ab Al-Quraiziy berkata, Ashabul Kahfi akan menjadi sahabat Nabi Isa nanti dan mereka akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa akan wafat di Madinah. Beliau akan disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan dengan makam Rasulullah s.a.w.

Menurut riwayat, Isa bin Maryam akan dimakamkan bersebelahan dengan kuburan Nabi Muhammad s.a.w, kuburan Abu Bakar dan Umar. Bererti kuburan Nabi Isa merupakan kuburan yang keempat.
 
UA-55956158-2